(ramai yang tunggu-tunggu uodate pasal holiday aku kan. haha. ok. perasan. biarlah kamu tunggu atau tidak tunggu pun, aku mulakan dengan perkara yang terakhir sekali berlaku semasa holiday tersebut ya. iaitu perkara di bawah)
kalau kamu jadi aku, apa kamu buat.adakah kamu menangis karau-karau atau ketawa angih angih.
Monday ialah flight aku dari Johor balik ke KK. tapi Syauqi tak dapat hantar sebab dia ada meeting and work. and it was in Bangi. my flight was in Senai. so, Syauqi hantar aku dengan Shiro ke Seremban (from nilai), then aku ngan Shiro naik bas dari Seremban ke Batu Pahat, then dari Batu Pahat, Jamil, Shiro and Zuhaili hantar aku pergi Senai.
the day before kemarin (iaitu Sunday), aku relax saja, siap cakap dekat Syauqi “i ok je mamane yang u senang” tapi sambil-sambil tu aku memang ada sindir-sindir dia la pasal penting sangat kerja tu, tipu la kalau aku terima benda tu dengan tenang 100%. aku cakap dengan dia kenapa kerja lebih penting, tak dapat cuti ponteng saja la, meeting apa tu penting sangat ke, kenapa bos u jahat sangat, tak mati pun ponteng kerja setengah hari ke sehari ke, and banyak gila lagi aku membebel. dan aku memang malas nak tolong dia fikir macam mana aku akan ke Senai the next day tu (which is kemarin) aku memang senyap je,takmau bagi idea tak mau fikir, biar dia fikir camna aku nak ke Senai. jahat kan aku. memang! walaupun aku tahu, tak boleh salahkan Syauqi 100%, kalau kamu kenal boss Syauqi camna, mesti kamu kesian dekat Syauqi la. tapi even tho tak boleh salahkan Syauqi 100%, siapa lagi aku nak lepaskan marah kan. telinga Syauqi juga la yang harus menahan segala bebelan aku.
yang semua plan di atas tu Shiro yang tolong fikir kan. semua idea shiro. Syauqi memang buntu. and aku? haha. aku memang taknak bagi idea, sebab aku memang harap Syauqi dapat hantar aku, walaupun aku sedia maklum tak mungkin dia dapat hantar aku. aku siap berharap takda tiket bus dari Seremban ke Batu Pahat, lepas dah dapat tiket pula, aku berharap terlepas bus pula, tapi tak terlepas pon. hahaha. so harapan aku memang tinggal harapan saja.
tipu la kalau aku cakap aku tenang je terima yang Syauqi tidak hantar aku ke airport. aku menangis dari Seremban ke Muar. klimaks tangisan dekat Muar. sampai Batu Pahat, dah masuk dalam kereta Jamil, sambung lagi drama airmata aku. Jamil tanya kenapa aku nangis, aku cakap dekat Jamil g petrol station aku nak kencing, aku tahan kencing dari muar lagi. sebab tu kuar air atas (airmata) sebab dari tadi aku tahan kencing.
aku rasa best juga benda ni jadi. aku ada pengalaman sebegini. kamu ada? tergamak kan Syauqi. hahaha. aku cerita dekat member aku, dia cakap kalau awek dia dah tikam dia 18 kali. aku tak dapat nak tikam Syauqi 18 kali. heh. walaupun memang aku sakit hati juga dengan Syauqi and dengan kerjanya, sakit hati dengan keadaan, dengan semua, tapi aku ok-ok saja. seriously. sekejap saja aku tak ok. masa dekat airport Senai Syauqi call, aku siap boleh buat lawak cakap aku terlepas flight, and bergurau senda lawak cinta dengan Syauqi. mesti kamu cakap “biasalah orang bercinta” kan? kalau kamu tidak cakap, cakap sekarang! heh.
aku siap buat surat AKUJANJI dekat Syauqi tak mau datang semenanjung lagi, TIDAK AKAN dan TIDAK MAU. tapi tiba-tiba tadi aku tengok website AIRASIA ada promosi pula. HAHAHAHA. kan aku dah cakap, aku marah Syauqi ni sekejap saja. aku siap mengajar minda aku supaya fikir “ala, setakat tak hantar pegi airport, benda kecik saja pun” padahal menangis tak ingat dunia. kesian Shiro duduk sebelah aku dari Seremban sampai Batu Pahat sampai la Senai. HAHAHAHA. tau takot!
aku sudah cakap kan di post pendek sebelum entry ini, aku mungkin lebih kuat. akibat perkara Syauqi-tidak-menghantar-aku-ke-airport ni, aku belajar beberapa perkara:-
- Shiro ialah my 2nd best guy
- Syauqi ialah seorang yang bertanggungajwab terhadap kerja. kan aku dengan dia belum kahwin, baru awek pun, so tanggungjawab lebih kepada kerja (walaupun kadang2 aku memang menyampahahahaha dan menyumpah sebab dia asyik kerja saja)
- aku ni kuat juga sebenarnya, just suka mengada-ngadahahaha.
- buat apa nak kecoh-kecohkan benda remeh ni, orang lain dah sibuk bincang pasal kahwin, ko masih nak kecoh bf ko tak romantik tak hantar pergi airport segala bagai.haish.
- dugaan-dugaan yang macam hebat ini adalah fun sebenarnya. depends on how you accept it, how you handle it. kalau kau negatif, maka negatif la, habis lah bertikaman dengan cinta kau sebab dia tak hantar kau pegi airport.
- lagipun time time Syauqi pujuk tu, dia ada janji sesuatu dengan aku, dia cakap nanti dia datang dengan dot dot dot dot. hohohoh. harap-harap berkata benar la ya En.Syauqi yang sedang membaca ini sambil sengih-sengih kambing.
- apa sangat la kesedihan di hari terkahir sedangkan pengisian percutian adalah suatu pencapaian yang harus dibanggakan juga. percutian tersebut hebat dan gembira isinya walaupun pengakhirannya kureng sikit, biasalah, drama melayu kan, suka sangat ending sedih-sedih. ok! pengisian percutian akan di update dari semasa ke semasa dalam minggu ini!
itu saja.eh lupa. aku tanya tadi, kalau perkara segini terjadi kepada kamu?apa reaksi kamu?sila jawab d ruang komen. terima kasih.
bye!
muach,
Cinoiqilavigne